Dengan tema RAKYAT DIDAHULUKAN...MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN, setakat ini YAB DS Najib telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional sentiasa mengotakan dan melaksanakan segala janji yang telah dibuat kepada rakyat...Ermmm.... so far so good...!!!
Sekarang ni dah nak masuk FASA 2 yang ditunggu tunggu oleh semua orang iaitu hari dimana DS Najib akan mengumumkan senarai Calon Winable Candidate Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRU13 kali ini. Apakah JANJI ini juga akan diTEPATI oleh YAB Perdana Menteri kita atau hanya sekadar PENYEDAP HALWA TELINGA saja...
Kali ini aku nak fokus kepada Calon Barisan Nasional bagi P135 Alor Gajah, Melaka mengikut persepsi aku sendiri sebagai pengundi di parlimen ini.
CALON WINABLE CANDIDATE
Ini adalah Ybhg Datuk Koh Nai Kwong. Setiausaha MCA Negeri Melaka. Lahir pada tahun 1961 dan bekas seorang lawyer. Beliau adalah merupakan Calon yang disebut sebut untuk bertanding di Parlimen Alor Gajah, Melaka. Beliau telah bergerak mendekati jentera PRU13 Parlimen Alor Gajah dan juga pengundi2 lebih daripada 6 bulan yang lalu dan ternyata sekarang beliau begitu disenangi oleh UMNO, MCA, MIC, PPP, golongan muda serta rakyat@pengundi di sini dan aku yakin memang tiada masalah sekiranya beliau menjadi calon.
bersama UMNO Bahagian Alor Gajah
bersama MCA Bahagian Alor Gajah
bersama PPP Bahagian Alor Gajah
bersama MIC Bahagian Alor Gajah
bersama Pemuda Bahagian Alor Gajah
bersama pengundi Parlimen Alor Gajah
So kalau Jentera UMNO dan komponen Barisan Nasional sudah serasi dengan Datuk Koh nie dan pengundi pun dah boleh menerima beliau...buat apalah kita nak CIPTA MASALAH dengan CALON WINCABLE CANDIDATE kat bawah nih...!!!!
CALON WINCABLE CANDIDATE
Wong Nai Chee...???? Saper nih...???!!!! Tak kenal punnnn...!!!! So janganlah nak menyibuk nyibuk datang kat Parlimen Alor Gajah nie okkkkk...!!!!
Aku harap YAB DS Najib dapat membezakan antara calon Winable Candidate dengan Calon Wincable Candidate...almaklumlar, ramai yang mendakwa mereka Calon Winable Candidate dengan cuba menonjolkan prestasi kerja mereka tetapi hakikatnya mereka tidak IKHLAS berkhidmat kepada rakyat....kata orang permukaan saja nampak cantik tapi dalam makkk aaaiiii..!!!!.macam longkang bro...!!!!
psssttt....Maap yer...dah lama aku tak update blog nih...!!!! 8-)